Pertelingkahan undang-undang Rakan-ke-rakan

Fail yang paling biasa dikongsi pada jaringan sedemikian adalah fail mp3 muzik popular dan fail filem DivX. Ini telah mendorong ramai pemerhati, termasuk kebanyakan syarikat media dan sebahagian penyokong rakan-ke-rakan, untuk memutuskan bahawa jaringan ini memberikan ancaman serious kepada model business syarikat media yang sedia ada. Akibatnya, jaringan rakan-ke-rakan telah menjadi sasaran oleh organisasi perdagangan seperti RIAA dan MPAA sebagai bakal menjadi ancaman.

Perkhidmatan Napster telah ditutup oleh saman RIAA; kedua kumpulan RIAA dan MPAA membelanjakan sejumlah besar wang untuk cuba melobi pembentuk undang-undang untuk mengemukakan kekangan perhakiman. Cubaan yang paling melampau sehingga Januari 2003 adalah satu cadangan yang dikemukakan oleh wakil California, Berman, yang memberikan pemegang hak milik hak sah untuk memecah masuk kedalam sistem komputer yang dipercayai menyebarkan bahan hak cipta, dan subvert operasi jaringan rakan-ke-rakan. Cadangan tersebut ditolak oleh jawatankuasa 2002.


Ketika serangan oleh syarikat media meningkat, jaringan rakan-ke-rakan kelihatannya berubah dengan cepat dan menjadi semakin sukar dari segi teknologi untuk ditanggalkan. Kesemua ini menyebabkan syarikat media bertukar arah dan mula menjadikan pengguna sistem tersebut sebagai sasaran. Sesetengah pemerhati telah menjangkakan jaringan terbuka akan beransur berubah menjadi tertutup, berkod dimana identiti pihak yang berkongsi tidak diketahui oleh pihak pemohon. Trend lain kearah keimmuna dari syarikat media kelihatannya kearah jaringan tanpa wayar adhoc dimana setiap perkakasan disambungkan secara bentuk rakan-ke-rakan sebenar dengan perkakasan bersebelahan.